aku cemuih bila ada orang media dan orang industri muzik kata kita pendengar tak tau nak hargai artis tempatan
Assalamualaikum,
Saya terdetik untuk menulis coretan ini, setelah saya terdengar di radio Era pada 1-11-2006, sewaktu Dj Linda Onn diudara. Biasalah topic perbincangan sebelah petang diutarakan untuk merancakkan interaksi antara pendengar dengan dj yng bertugas. Topic petang semalam kalau tak silap saya ialah adakah industri/artis kita tk standing dengan artis dari luar? Dari nada dj macam nak timbulkan tak puashati dgn artis dr seberang kita nih. Okaylah. Itu tak mengapalahkan tapi saya tersirap darah bila dj menyatakan pendengar kita tak tahu menilai kebolehan artis kita. Di sini saya ingin saya nyatakan pendengar amat menilai artis kita sekarang. Ini kerana sudah sekian lama kita disajikan dengan bahan yang sama dari dahulu hingga sekarang. Satu kelebihan dan satu benda yang saya salute kat geng indon nih diaorang tulis muzik atau lirik sendiri. Kita tengok dewa 19, radja, Sheila on 7, gigi melly q boleh dikatakan 100% karya adalah dari mereka sendiri. Dan bandingkan dengan artis kita cuba anda kira berapa artis kita tulis muzik/lirik sendiri. Di sini kelemahan kita. Artis mereka solo secikai-cikainya terlibat dalam tulis lirik atau suami, saudara mara sahabat handai akan terlibat dalam membantu menerbitkan album. Dalam erti kata lain ‘Bersatu’. Lihat kita satu solo artis, 1 album 13 komposer, yang tidak pernah dekat dengan jiwa penyanyi tersebut sebaliknya artis tersebut harus menghayati lagu yang dibawanya. Saya mendengar muzik sejak dibangku sekolah lagi dari boney m ke dj dave, dari grand master flash ke puff daddy, bow wow, 50 cent, dari elvis ke morbid angel. Dari bob Dylan ke dave matthews band, dari jamal mirdad hingga keroncong kaos. Dari sharipah aini ke butterfingers saya dengar. Saya adalah peminat muzik yang setia, bukanlah di kalangan orang educated sekadar lepasan spm yang kantoi kat uitm je. Muzik banyak mencorak hidup saya dan kita semua sehari-hari. Kita sudah bosan dengan apa yang radio pasang bertalu-talu setiap hari. Bila kita beralih arah, kata kita tak tahu menilai. Kalau nak orang dengar dan beli album buat yang terbaik. Radio pulak pasangkan yang terbaik dari kita. Kalau lagu leleh, arrange bagi dengar grand skit. Mat salleh pon jiwang jugak. U2 dengan lagu All I want Is You, Mariah carey ‘we belong together’, rolling stones ‘angie’, aerosmith ‘I don’t wanna miss a thing’, dewa 19 ‘larut’, ‘pupus’ sapa kat tak jiwang. Tapi cuba dengar arrangement ada tak komposer kita buat macam tuh. Sekadar ‘tak cinta tak apa’, aku cinta dan ntah apa-apa punya cinta lagi dengan arrangement yang simple tapi nak main live pon belum tentu lepas agak-agak tu orang nak dengar dan beli tak? Yang terbaik kita berada di bawah tanah, butterfingers, popshuv it, disagree, projek ak, naked butterfly, happy nightmare, spiral kinetic circus. Kemana mereka ini? Apa bentuk layanan yang mereka terima? Berapa kali lagu mereka dimainkan berbanding dengan Justin timberlake, pussycat dolls, dewa, radja, linkin park, my chemical romance. Kalau mereka buat lagu inggeris pon, kita ada stesen radio inggeris jugakkan. Butterfingers cuba ikut market buat lagu melayu. Olahan kreatif tapi berapa kali lagu dari album Selamat Tinggal Dunia dipasang di radio, adakah stesen radio era perasan album ini ada dipasaran? Bebudak ni adalah insan kreatif yang dipinggirkan, OAG bole pulak dimain, sama ja mereka dulu sama-sama main di liga underground/independent. Dalam ertikata lain, bias. Media massa akan tunjuk apa yang nak mereka tunjuk, dendangkan apa yang mereka nak dendangkan. Secara tak langsung psikologinya kalau asyik dok pasang aja lagu tak sedap pun jadik sedap. satu kebolehan main dan nyanyi live, kebanyakan artis band / group kita nih berlakon lebih, kekadang show kat tv kata ada new boyz live, tapi yang ada tomok dengan pemuzik undangan bersama artis jemputan. Mengapa? Takkan stesen tv tak mampu nak bayar satu band main kot? Bayar sessionist lagi mahal dari bayar satu band, sebab sessionist kebanyakkan individu. Jarang sangat dalam satu group kecuali resident band, band rtm ke band tv3 ke….? Betulke diaorang ni yang main muzik dalam album? Atau sessionist yang main? Kita ada sessionist dan musician yang bagus, itu saya tak nafikan. Kebnyakkan dari band-band lama dan ada jugak muka-muka baru disebalik tabir seperti edri hashim, sham kamikaze, man kidal, ujang exist, Sotong, Kelly, yazid search, hillary search/cromok, dan di liga independent gitaris blind tribe yang belajar di guitar institute California, geng bekerly school mac chew, roslan aziz. Loque (butterfingers), banyak influence dari seattle saya sedar solo hampir sama dengan j mascis (dinosaour jr) satu inspirasi atau guru yang hebat. Kita juga ketandusan karya hebat yang bole diangkat ke seluruh dunia, yang masih laku di mata dunia adalah lagu dari Tan Sri P Ramlee. Masih dimainkan oleh pelbagai okestra philharmonic. Idea kita kurang, beza dengan karya yang lama seperti kata M Nasir sewaktu mendapat anugerah penulis lagu dan lirik bersama loloq. Kita tiada tekanan atau bagi saya desakan hidup. Desakan hidup boleh mencetus karya-karya yang baik, seperti era 80’an di zaman m nasir bersama kembara dan mereka yang sealiran. Di Indonesia, desakan mereka tak putus-putus seperti slank yang lagu-lagunya banyak menceritakan kepayahan, ketidakadilan, penindasan, keganasan di bumi mereka seperti dalam lagu solidaritas ‘mengapa harus tunggu bencana, baru kita percaya kebesaran tuhan, mengapa harus tunggu bencana, bantuan datang untuk kemanusiaan’, atau dalam Jakarta Meledak Lagi ‘jakarta meledak lagi, kelmarin ada bom lagi, apakah demokrasi seperti ini, orang bebas berbuat hati’. Kita dapat tahu kepayahan mereka… slank sebenarnya pejuang masyarakat…. Kita? Dalam situasi sekarang rasanya kitalah yang paling stabil politik dan ekonomi. Adalah sikit-sikit bising-bising saja. Saya terus terang saya respek spider, search, butterfingers, siti nurhaliza, too phat, dan mereka yang tahu apa yang mereka mahukan dalam berkarya. Bila kita tentukan apa rentak kita, baru kita boleh pergi jauh. Tak perlu ikut kata orang, ikhlas dalam berkarya kita akan pergi jauh itu pun kalau radio, tv dan majalah nak pasang dan buat liputan lah, kan? Masa saya membesar search nak masuk tv pun susah, gunting rambut pun ada liputan live. Sekarang ada pertandingan rock lagi kat tv…. Jadi kepayahan atau desakan hidup tiada, sebab itu bebudak sekarang cari kepayahan dengan cubaan bunuh diri di jalan raya. Saya ingin menyatakan kepada cik Linda Onn, kalau boleh main mereka yang terbaik dari kita. Kenapa lagu yang di dalam Xfresh tak dimainkan juga di Era? Saya puji Xfresh, mainkan lagu dari band independent kita, tapi masih ada ‘bias’ lagi tapi masih bole dibaiki. Untuk Linda Onn, dj, vj, media massa yang lain dan orang dalam industri muzik kita, jangan sedap kata saja, tunjukkan komitmen, buat dan dendangkan yang terbaik masih banyak yang belum dijumpai atau diperdengarkan kepada umum. Satu cadangan, kenapa kita tidak anjurkan program seperti industri di Indonesia untuk singer/songwriter saja, CILAPOP (Cipta Lagu Popular) yang menggabungkan penulis/penyanyi saja dalam satu program dan terbitkan dalam bentuk album lagu-lagu baru dicipta dalam masa program itu. Uji kebolehan singer/songwriter kita. Kalau ada yang sanggup sahut cabaran ini. Tak kira dia drummer ke, gitaris ke, janji dia cipta, dia yang nyanyi. Kita lihat siapa yang boleh buat yang terbaik.
Bersambung..... nanti bila aku ada idea nak tambah..... itu kira part 2 lah yek.....

0 comments:
Post a Comment